Wednesday, November 9, 2011

entahlah

apa yg aku rasa hari ni aku pun tak tahu la.macam2 perasaan hadir dalam diri aku hari ni.pertama aku nak tanya kat diri aku ni masih terbuka ker ruang kemaafan untuk org yg selama ni menyakitkan hati aku dan mengganggu ketenteraman hidup aku.ikhlas ker aku tadi atau berpura-pura sahaja.aku pun tak tahu la.anyway aku rasa sedih gak nak tinggal alam persekolahan ni.banyak kenangan aku semasa kat sekolah.kenangan suka dan duka sepanjang aku bersekolah kat 2 buah sekolah rendah,1 tadika dan 3 buah sekolah menengah.alam persekolahan merupakan satu alam yang cukup indah bagi aku.di alam inilah aku dapat mengenali ramai rakan,sahabat mahupun musuh.di alam ini jugalah aku belajar untuk menjadi manusia dan aku juga dapat melihat pelbagai ragam manusia.ada antara sahabat aku yg nakal,gelagat mereka mampu membuat aku tersenyum kala aku dilanda masalah.ada juga antara sahabat aku yang manja.bersahabat dgn mereka mampu membuat aku rasa aku sangat dihargai.sekian sudah lah bebelan aku ari ni.

No comments:

Post a Comment

jum-2 kita komen jum..jangan segan-2 ye.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
THIS IS MY BLOG
segalanya yang ada disini adalah hak milik Amer